Wednesday, September 24, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

Petikan ini diambil dari Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat beliau, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini terbahagi kepada dua yang terutama:
  1. Taqwa
  2. Mendapatkan Keampunan.

Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkankeampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan keperihatinan umat Islam kini.

Antara yang beliau maksudkan adalah :-

  1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam,Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudian. Keadaan ini di sebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
  2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur"itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
  3. Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islamkini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat: 18)
  4. Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya" Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
  5. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Iaadalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar,solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
  6. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
  7. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan kemeriahan . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir kemasjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayatal-Bukhari)
  8. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan,kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru,umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
  9. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayutimenegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaantidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.(al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)
  10. Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah'bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat.Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yangmemberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yangdisepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md'Uqlah, hlm 278)
  11. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid dihadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
  12. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi.Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkalaingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa ituketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidakakan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753,Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Wallahualam.. semoga sama-sama mendapat kerberkatan sempena bulan Ramadhan.

Got our own website

My husband and I have been busy lately setting-up our own website. Finally....

http://www.BlueOcean-IM.com

The service we used to get our new website up and running was great! Check it out here:

http://www.PlugInProfitSite.com/main-24671

Please do visit our website now and let me know what you think! :-)

Tuesday, September 9, 2008

Meaning of Green Roses


Roses have always had a strange hold over man. Maybe it is the influence of the Victorian tradition of using flowers to express emotions that have led to this strange fascination. And the rose has always been the most popular of all flowers when it comes to expressing emotions. One reason for this is that roses alone have various shades that can be interpreted in as many ways as possible.

The green rose, though not abundant in nature, is a beautiful sight to behold. The color green has many meanings and can be deciphered to symbolize diagonally opposite things. The most significant and popular meaning of the green rose is fertility. The green color symbolizes richness, abundance and bounty. Green roses are a sign of plenty and copiousness.

Green is life, abundant growth, constant renewal of life and energy. The green rose signifies the constant rejuvenation of spirit, and is therefore a messenger of cheerfulness. Transformation and change are a necessary prerequisite for life to go on. And green roses express this spirit of rejuvenation very beautifully.

Green rose also symbolizes self-respect and well being. Being symbolic of all life force, the color green gives a rich meaning to a rose. The freshness of the springtime, the abundance of the rainy season, all is well expressed by the green rose.

Green is also a very pleasing color. Psychologists believe that the color green often imparts a sense of balance, stability and peace to the human mind. When you simply need to surprise someone, or please him or her, use a green rose. It has no overtones of love, but is replete with positive nuances.

A negative aspect of the green rose is that green is also the color of envy. The "green-eyed monster" has forever given the pale green a negative meaning.

However, generally the color green symbolizes the richness of nature and the completeness of life. A green rose conveys a message of plentitude and affluence, and augurs great success for any new venture.

Didik Anak belajar Al-Quran


  • 7 Kelebihan Didik Anak Belajar Al-Quran:


    1. Al-quran membentuk jiwa anak yang beriman

    2. Al-quran menjadi panduan hidup anak-anak.
    Ayat 9 surah Al-Isra:
“Sesungguhnya Al-quran ini memberi petunjuk ke jalan yg amat betul dan
memberikan berita yg menggembirakan orang-orang yang beriman yang
mengerjakan amal-amal baik, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”

3. Menolong anak-anak pada hari kiamat.

4. Menjadikan anak-anak manusia yg terbaik dan hebat.

5. Menjadikan emosi anak-anak tenang.

6. Membentuk peribadi ahli syurga.

7. Melembutkan hati pembaca dan pendengarnya.

(Petikan Majalah Anis)

Wassalam